assalamualaikum...........
Takdir yang ditetapkan oleh Allah swt dan macam macam yang datang darinya.
Takdir mesti dihadapi dengan redha. Kita mesti redha menghadapinya yang
mungkin kadangkala merasa derita. Dengan demikian ada dua sebab kita
wajib bersikap demikian.
Pertama
: Agar kita dapat menumpulkan perhatian keseluruhan terhadap ibadah,
kalau tidak redha menanggung derita yang ditakdirkan oleh Allah maka
hati kita akan susah dan risau untuk selamanya. Jadi timbul dalam
fikiran soalan kenapa terjadi begini dan begitu.
kalau
hati tetap risau dalam fikiran seperti itu bagaimana akan
dapat menumpukan perhatian untuk beribadah kepada Allah swt? sebabnya
hanya ada satu hati, hati yang satu ini sudah dipenuhi dngan berbagai
macam fikiran dan kesusahan untuk memikirkan apa yang telah terjadi dan
apa yang akan terjadi dalam urusan dunia, mana lagi ada tempat untuk
berzikir kepada Allah, untuk beribadah kepadanya dan untuk memikirkan
akhirat?
Al
Imam Syaqiq pernah mengatakan," susah memikirkan perkara yang
sudah berlalu dan risau dalam mengatur soal soal yang akan datang
dapat menghilangkan berkat ketaatan pada masa sekarang."
Kedua
: Mestilah Redha menghadapi takdir kerana takut dikhuatirkan akan
menerima kemurkaan Allah (sekiranya kita tidak rdha keatasnya).
Dalam
memberi erti pengertian redha ini, kita haruslah sama sekali tidak ada
rungutan dalam hati dan senantiasa berpuas hati terhadap sebarang
ketetapan dan keputusan Allah SWT.
Terhadap
takdir yang berbentuk nikmat dan kesenangan,kita redha keatas ketetapan
itu, redha terhadap perkara yang ditakdirkan dan juga mesti redha
terhadap zat yang mentakdirkan. Mensyukuri nikmat tersebut dan rajin
beribadah dan beramal soleh.
Kesukaran
dan kesusahan juda sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah swt. oleh yang
demikian kita hendaklah redha atas apa yang sudah ditakdirkan, disamping
juga redha akan ketetapannya dan apa jua perkarayang ditakdirkan.
Sebagai
hamba kita hendaklah menghadapi takdir sebegini dengan sabar, sekiranya
kita berjaya menghadapinya dengan sabar nanti akan terasa hikmahnya.
sebagai seorang hamba kita sepatutnya insaf atas terhadap kebaikan Allah
SWT. sepertimana perpatah " sesungguhnya aku menjadi seorang yang baik,
sama sekali bukan kerana Usaha dan ikhtiarku melainkan semata mata
kerana kebaikan Allah SWT. Allah
berffirman," Apa jua kebaikan (kenikmatan kesenangan) yang engkau
dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami telah mengutus
engkau (wahai Muhammad saw) kepada seluruh umat manusia sebagai Rasul
(yang membawa Rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang
membuktikan kebenaran hakikat ini
Pengetahuan
ini meliputi segala segi dan tidak dapat mengetahui melainkan dengan
izin AllahSwt. hanya Allah swt sendiri yang mengetahui segala galanya.
oleh yang demikian tidak berhak bagi sesaorang pun memilih dan
mengaturnya, pada hakikatnya yang memilih dan mengatur itu hanya Allah
swt sendiri, kerana itu Allah
berfirman: Surah Al Qasas ayat 68 : " tuhanmu juga yang menciptakan
segala sesuatu yang dia kehendaki dan dia juga yang memilih, tidak ada
hak mahluk untuk memilih Maha Suci Allah swt dan Maha Agung dari sesuatu
yang mereka sekutukan."
Kemudian Allah
swt berfirman lagi "dan Tuhanmu tahu apa yang disembunyikan olih
dadamereka dan apa yang dinampakkannya". (Al-Qasas ayat 69)
Allah
swt mengetahui segala galanya dari segala seginya secar zahir dan
batin, olih yang demikian sebaik baiknya kita serahkan segala urusan
kepada Allah SWT.
Allah
swt mengetahui segala galanya dari segala seginya secar zahir dan
batin, oleh yang demikian sebaik baiknya kita serahkan segala urusan kepada Allah SWT.




No comments:
Post a Comment