Bismillahirrahmanirrahiim.
Kita ni, dalam hidup, mesti semua orang
pernah berhadapan dengan keadaan di mana dia rasa susaaaah sangat untuk
‘let go of something’. Tak kira lah, untuk melepaskan orang ke, barang
ke, peluang ke..semuanya terasa susah sangat nak dilepaskan pergi kerana
bimbang dan takut tak akan dapat semula.
Kalau kes melepaskan orang tu, mungkin
contoh paling sesuai soal bercouple. Bila dapat tahu yang ianya haram,
yang membuatkan terasa berat hati sangat nak putus itu tak lain dan tak
bukan kerana takut tak dapat bersama semula. Contoh-contoh lain pula,
kalau perlu berpisah jauh dengan orang tersayang. Yang terasa berat hati
tu bukan nya kerana apa sangat pun, kalau isu tak dapat dengar khabar
berita, eh ada saja telefon, facebook, ym, skype semua. Cuma, dia jadi
berat hati sebab tak tahu bila akan dapat berjumpa balik dan berat hati
kerana tidak dapat lihat and jaga di depan mata. Risau.
Kalau kes melepaskan barang pula, he he ini
mungkin selalu berlaku pada kaum wanita yang rajin bershopping.
Contohnya, pergi ke pasaraya dan ternampak satu barang yang dijual
dengan harga sangat murah..tapi atas sebab-sebab tertentu, tak dapat
beli. Tanyalah mana-mana kaum wanita, mesti dia merasa susah hati untuk
sekadar pandang dan biar saja. Kerana, tak tahu bila lagi dapat temui
barang tersebut dengan tawaran harga rendah macam tu. Oh dilema, dilema.
Atau pun, hilang satu barang berharga. Aduh
sedih betul..sebab, entah macam mana dan bila nak dapatkan lagi yang
seperti itu. Tak dinafikan, perasaan-perasaan ini turut melanda kaum
lelaki sebenarnya. Mereka pun bershopping juga. Dan kalau kes melepaskan
peluang pula, juga sama, takut tak akan dapat semula. Biasalah, peluang
keemasan memang tak selalu datang, kan. Tapi atas sebab tertentu
terpaksa dengan berat hati dilepaskan. Jadi itulah, kita ni takut hendak
melepaskan sesuatu kerana kita takut tak akan dapat ia kembali. Malah,
memang betul, memang berlaku juga hal yang kita memang tidak dapat
semula perkara itu..
Letting go. Move on. Atau melepaskan
sesuatu tu pergi dari kita – ini juga sebenarnya termasuk dalam satu
bentuk tawakkal kepada Allah. Tawakkal ni, selain dari berkait rapat
dengan soal usaha dan hasil, misalnya berusaha ulangkaji pelajaran dan
bertawakkal untuk keputusannya, soal ‘melepaskan’ ini pun merupakan satu
lagi bentuk tawakkal yang besar. Sangat besar.
Sebabnya, apabila kita memutuskan untuk
melepaskan sesuatu dari kita sedangkan kita dah dapat grab dia, atau
mungkin kita tidak memutuskan pun tapi kita memang terpaksa lepaskan dia
– di sini lah masanya di mana kita benar-benar meletakkan kepercayaan
kepada Allah untuk seolah-olah ‘mengambil alih’ benda tersebut dari
kita. (Ini seolah-olah sahaja ya. Kerana hakikatnya, memang segala benda
pun dijaga dan dikawal oleh Allah, termasuk kita sendiri.) Dan kita
juga akan benar-benar berserah bulat-bulat pada Allah sahaja untuk
menentukan adakah kita akan mendapat kembali perkara itu.
Orang putih kata, if you love something let
it go. If it comes back, its yours. If it doesnt, it never was. Bukan
senang, kan? Memang remuk redam robek lah seluruh hati dan jantung.
Haish… Kita ni, kena bertawakkal dengan tawakkal ibu nabi Musa. Pernah
dengar tak kata-kata macam tu? Rasanya pernah kan. Tapi kalau tak pernah
tak apa. Haa ni lah nak ajak dengar ni. (: Kenapa tawakkal macam ibu
Nabi Musa? Apa yang special sangat nya tu? Haa. Sebab, ingat tak, masa
zaman nabi Musa lahir tu, Firaun bermaharajalela sesuka hati dia. *Dia
ingat dia terer sangat lettew. Derrr~
Jadi, alkisahnya, masa tu Firaun ni dia
sudah mendengar sebentuk ramalan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan
dijatuhkan oleh seorang bayi lelaki yang akan lahir. Jadi dia pun
bimbang, itu yang dia perintahkan semua bayi laki-laki pada masa itu
dibunuh. Kejam. Huh. Ibu nabi Musa pula, mesti la dia tak mahu kan.
Sedih dan tragis sangat. Pada masa itu, semua bayi lelaki dijejak dan
dibunuh. Ibu Nabi Musa sangat takut lalu dia berdoa meminta tolong
dengan Allah dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya yang lemah.
Selepas itu, Allah mengilhamkan dia supaya meghanyutkan Nabi Musa di
dalam kotak ke dalam sungai.. Haa. Ingat kan kisah ni?
Bayangkan, seorang ibu yang baru melahirkan
bayi nya, tiba-tiba dia terpaksa letakkan anaknya di dalam kotak dan
hanyutkan di sungai. Allah….hancur hati emak nya.. Tapi, ibu Nabi Musa
pada masa tu sudah terpaksa. Kalau tidak, akan dibunuh. Kalau kita baru
lahirkan anak, mahu tinggalkan anak itu dalam bilik lama sikit pun tak
mampu, apatah lagi hanyutkan ke sungai. Di sini kita dapat lihat, dia
melepaskan anak yang disayangnya sepenuh hati. Bayangkan betapa hebatnya
tawakkal dia pada masa itu.. Betapa tingginya dia meletakkan
kepercayaan dan pengharapan kepada Allah. Betapa dasyat imannya, kan.
Pertama sekali, kerana, dia minta tolong dengan Allah. Bukan dengan
apa-apa yang lain, tetapi dengan Allah yang Maha Perkasa.
Kemudian, selepas dia meminta pertolongan
dengan Allah, dia yakin pula dengan apa sahaja penyelesaian atau
solution yang Allah berikan. Mana mungin tidak. Allah itu kan baik, di
masa kita betul-betul berpaut pada Dia takkan mungkin Dia melepaskan
tangan kita. Jadi oleh sebab itu lah selepas kita minta Allah tolong,
jangan ragu lagi.
Yakinlah dengan apa jua yang Allah
ilhamkan. Insya Allah, ia bukan langkah yang salah. Kerana kita bukan
membuat keputusan itu sendiri-sendiri, sebaliknya kita buat dengan idea
dan petunjuk dari Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha
Memakbulkan (as-samii’ & al-mujiib) Ok ini sangat senang untuk
dicakap tetapi sangat susaaah hendak dibuat. Mengaku. Tetapi, di sinilah
Allah menguji sejauh mana kita benar-benar yakin dan berharap pada Dia.
Dalam kata lain – bertawakkal kepada Dia. Dan kalau benar-benar asli
tawakkal kita itu, confirm Allah tolong…confirm!!
Ingat lagi apa yang terjadi dengan Nabi
Musa selepas itu? Dengan kuasa Allah, Nabi Musa hanyut hingga sampai ke
istana Firaun and Asiah isteri Firaun mahu memelihara dia. Firaun itu
pula, ekele zalim sangat la tapi bila isteri pujuk cair~~ (ps;sebab itu
laki-laki kerna berhati-hati dengan pujuk rayu perempuan. Firaun pun
kalah.) Dia yang berusaha betul-betul untuk hapuskan semua bayi lelaki,
akhirnya di dalam istana dia sendiri juga dia membela sorang bayi
lelaki. Dan dengan kehendak Allah, bayi itu lah lelaki yang diramal akan
meruntuhkan kerajaannya. Jalan cerita yang menakjubkan. Subhanallah.
Lihatlah kepada ibu Nabi Musa. Kerana
tawakkal dan kepercayaannya kepada Allah, Allah selamatkan anaknya
dengan cara yang paling tak disangka-sangka. Dia yang hendak selamatkan
bayinya dari Firaun – Allah membuatkan anaknya tinggal sebumbung dengan
Firaun, di mana, pada pandangan kasarnya nampak sangat mengerikan –
tetapi sebenarnya itulah yang terbaik. Nabi Musa hidup aman bahagia di
dalam istana Firaun, kerana Allah menjadikan Nabi Musa ni, bila sesiapa
memandangnya akan terbit rasa kasih sayang. oh comel! Ha, banyak betul
mesej nya di dalam kisah Nabi Musa ini.
Banyak nya hikmah dan keselematan yang
Allah berikan kalau kita benar-benar bertawakkal. Tapi, lihatlah
tawakkal ibu Nabi Musa itu bagaimana. Bukan macam tawakkal kita yang
‘main tipu’ ni. Tawakkalnya, subhanallah dasyat! Dan tidak habis di
situ. Ada lagi Allah beri kejutan.. Di suatu hari, Asiah hendak mencari
orang untuk menyusukan nabi Musa. Cuba teka siapa yang dipilih? Tepat
sekali. Ibunya tadi. Ibunya yang tadi melepaskan dia pergi diiringi
tawakkal kepada Allah Yang Maha Menjaga dan Memelihara, sekarang Allah
pulangkan kembali ke pangkuan dia. Mashaallah…begitulah indahnya
tawakkal seorang hamba kepada Tuhan nya, kan. Dan dengan sebaik-baik nya
pula Tuhannya membalas nilai kebergantungan dia itu.
Dan ya, Nabi Musa membesar dan akhirnya
dengan bantuan Allah dia berjaya menumpaskan pemerintahan firaun.
Alhamdulillahil’aziz.. Sekarang, tawakkal kita pula bagaimana? ‘main
tipu’. Dan kita harapkan pula agar Allah menolong sehabisnya, sedangkan
kita tak cukup percaya dan berharap pada kekuasaan Dia. Baiklah,
bayangkan kalau ada orang datang dan minta pertolongan dengan kita, tapi
dia bukan yakin sangat dengan kita pun. Cis sungguh. Mahu ke kita
tolong? “Tengok la, fikir dulu. Kau bukan percaya aku boleh tolong
sangat pun en…wek.”
Tapi itulah pointnya. Sejauh mana kita ni
benar-benar bergantung dan percaya pada bantuan Allah. Marilah kita
bertawakkal dengan tawakkal ibu Musa!! Hm Susah tu… Tapi tak apa, kita
cuba sedaya mampu! Dan andai nya kita memang terus kehilangan perkara
tersebut, err boleh bersedih. Kita manusia juga, kan. Tapi, jangan
bimbang dan ragu kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu
yang lebih baik dan membahagiakan buat kita. Allah itu Maha Baik.
(ar-raa’uf), tak mungkin Dia akan kecewakan kita andai kita benar-benar
dalam kelompok yang taat padaNya.
*****************************
“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” 37
“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:” 38
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian
lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya
terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku
telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu;
dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.” 39
“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu
lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku
tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan
itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya
ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..” 40
Surah Ta Ha: 37-40




No comments:
Post a Comment