Animated Dragonica Star Glove Pointer

Monday, 24 December 2012

Time To Sleep


Jam sudah menunjukkan 2 pagi. jam berdetak perlahan. jalan raya makin lengang. mata sudah layu.

oh, sebelum tidur,kena tinggalkan satu status dalam facebook.
“dah pukul 2 pagi.. jom tidur. selamat malam”


eh,, kejap,kejap.sebelum tidur, make sure buat dulu semua sunnah yang nabi ajar ni.:-)


adab sebelum tidur

............................
1)  Meniup  telapak tangan, kemudian membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas  - Aisyah -radiallahu ‘anha-:


“Apabila Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hendak beristirehat di tempat tidurnya pada setiap malamnya bagina menyatukan dua telapak tangannya kemudian meniup kedua te;apak tangannya yang dilanjutkan dengan membaca padanya ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Qul A`udzu birabbil falaq’ serta ‘Qul A`udzu birabbinnas’, kemudian mengusapkan tangannya ke seluruh tubuh baginda yang mampu baginda jangkau, dimulai dari bahagian kepala kemudian wajah kemudian bahagian tubuh yang paling dekat dijangkau. Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya tiga kali.”

2) Membaca surah al-Kafirun-

Bahwa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Naufal: “Bacalah ‘Qul Yaa Ayyuhal kaafiruun’ kemudian tidurlah setelah selesai membacanya kerana itu merupakan bentuk pelepasan diri daripada kesyirikan.”

3) Membaca doa dan zikir-

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang hendak tidur di tempat tidurnya tanpa berdzikir kepada Allah -Subhanahu wa Ta`ala- maka Allah -Subhanahu wa Ta`ala- akan jauh darinya di hari kiamat.

4) minta dijauhkan dari azab neraka

* Hadis Hafshah -radiallahu ‘anha- (istri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam) Bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Rasulullah setiap hendak tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipinya, kemudian membaca doa:
 
اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك

‘Allahumma qinni azabaka yauma tab`atsu ibaadaka’ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu, dari azabMu di hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu.) Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membacanya tiga kali.

5) subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar(33kali)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ketahuilah, aku akan menunjukkan kepada kalian berdua apa yang lebih baik bagi kalian berdua daripada seorang pembantu, aiitu jika kalian berdua mendatangi tempat tidur kalian atau kalian hendak tidur padanya, maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbih tiga puluh tiga kali, dan bertahmid tiga puluh tiga kali. Maka ini yang demikian adalah lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”

6) mohon ampun. istigfar.

Dari Abu Zubair Al-Anmaari -radiallahu ‘anhu-, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda:“Jika seseorang hendak ke tempat tidurnya pada malam hari, ucapkanlah:

بسم الله وضعت جنبي ، اللهم اغفر لي ذنبي ، وأخسئ شيطاني ، وفك رهاني ، واجعلني في الندي الأعلى

‘Bismillahi wadha`tu janbi, Allahummagh firli zanbi, wa akhsaa’ syaitanii wa fakka rahaanii, waj`alnii fin nadyil a`la’.

 (Dengan menyebut nama Allah, aku meletakkan tubuh ini, Ya Allah, berilah ampunan bagiku atas dosa-dosaku, usirlah syaitan dari diriku, bebaskan apa yang masih tergadai dariku, jadikanlah aku dalam tempat yang paling Tinggi).”
(^_^)
aha, satu lagi. jangan lupa baca ayat kursi.
ok. sekarang dah boleh tidur. selamat malam. Semoga esok lebih baik dari hari ini..

If love something let it go

Bismillahirrahmanirrahiim.


Kita ni, dalam hidup, mesti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan di mana dia rasa susaaaah sangat untuk ‘let go of something’. Tak kira lah, untuk melepaskan orang ke, barang ke, peluang ke..semuanya terasa susah sangat nak dilepaskan pergi kerana bimbang dan takut tak akan dapat semula.

Kalau kes melepaskan orang tu, mungkin contoh paling sesuai soal bercouple. Bila dapat tahu yang ianya haram, yang membuatkan terasa berat hati sangat nak putus itu tak lain dan tak bukan kerana takut tak dapat bersama semula. Contoh-contoh lain pula, kalau perlu berpisah jauh dengan orang tersayang. Yang terasa berat hati tu bukan nya kerana apa sangat pun, kalau isu tak dapat dengar khabar berita, eh ada saja telefon, facebook, ym, skype semua. Cuma, dia jadi berat hati sebab tak tahu bila akan dapat berjumpa balik dan berat hati kerana tidak dapat lihat and jaga di depan mata. Risau.

Kalau kes melepaskan barang pula, he he ini mungkin selalu berlaku pada kaum wanita yang rajin bershopping. Contohnya, pergi ke pasaraya dan ternampak satu barang yang dijual dengan harga sangat murah..tapi atas sebab-sebab tertentu, tak dapat beli. Tanyalah mana-mana kaum wanita, mesti dia merasa susah hati untuk sekadar pandang dan biar saja. Kerana, tak tahu bila lagi dapat temui barang tersebut dengan tawaran harga rendah macam tu. Oh dilema, dilema.


Atau pun, hilang satu barang berharga. Aduh sedih betul..sebab, entah macam mana dan bila nak dapatkan lagi yang seperti itu. Tak dinafikan, perasaan-perasaan ini turut melanda kaum lelaki sebenarnya. Mereka pun bershopping juga. Dan kalau kes melepaskan peluang pula, juga sama, takut tak akan dapat semula. Biasalah, peluang keemasan memang tak selalu datang, kan. Tapi atas sebab tertentu terpaksa dengan berat hati dilepaskan. Jadi itulah, kita ni takut hendak melepaskan sesuatu kerana kita takut tak akan dapat ia kembali. Malah, memang betul, memang berlaku juga hal yang kita memang tidak dapat semula perkara itu..


Letting go. Move on. Atau melepaskan sesuatu tu pergi dari kita – ini juga sebenarnya termasuk dalam satu bentuk tawakkal kepada Allah. Tawakkal ni, selain dari berkait rapat dengan soal usaha dan hasil, misalnya berusaha ulangkaji pelajaran dan bertawakkal untuk keputusannya, soal ‘melepaskan’ ini pun merupakan satu lagi bentuk tawakkal yang besar. Sangat besar.
Sebabnya, apabila kita memutuskan untuk melepaskan sesuatu dari kita sedangkan kita dah dapat grab dia, atau mungkin kita tidak memutuskan pun tapi kita memang terpaksa lepaskan dia – di sini lah masanya di mana kita benar-benar meletakkan kepercayaan kepada Allah untuk seolah-olah ‘mengambil alih’ benda tersebut dari kita. (Ini seolah-olah sahaja ya. Kerana hakikatnya, memang segala benda pun dijaga dan dikawal oleh Allah, termasuk kita sendiri.) Dan kita juga akan benar-benar berserah bulat-bulat pada Allah sahaja untuk menentukan adakah kita akan mendapat kembali perkara itu.



Orang putih kata, if you love something let it go. If it comes back, its yours. If it doesnt, it never was. Bukan senang, kan? Memang remuk redam robek lah seluruh hati dan jantung. Haish… Kita ni, kena bertawakkal dengan tawakkal ibu nabi Musa. Pernah dengar tak kata-kata macam tu? Rasanya pernah kan. Tapi kalau tak pernah tak apa. Haa ni lah nak ajak dengar ni. (: Kenapa tawakkal macam ibu Nabi Musa? Apa yang special sangat nya tu? Haa. Sebab, ingat tak, masa zaman nabi Musa lahir tu, Firaun bermaharajalela sesuka hati dia. *Dia ingat dia terer sangat lettew. Derrr~




Jadi, alkisahnya, masa tu Firaun ni dia sudah mendengar sebentuk ramalan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan dijatuhkan oleh seorang bayi lelaki yang akan lahir. Jadi dia pun bimbang, itu yang dia perintahkan semua bayi laki-laki pada masa itu dibunuh. Kejam. Huh. Ibu nabi Musa pula, mesti la dia tak mahu kan. Sedih dan tragis sangat. Pada masa itu, semua bayi lelaki dijejak dan dibunuh. Ibu Nabi Musa sangat takut lalu dia berdoa meminta tolong dengan Allah dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya yang lemah. Selepas itu, Allah mengilhamkan dia supaya meghanyutkan Nabi Musa di dalam kotak ke dalam sungai.. Haa. Ingat kan kisah ni?
Bayangkan, seorang ibu yang baru melahirkan bayi nya, tiba-tiba dia terpaksa letakkan anaknya di dalam kotak dan hanyutkan di sungai. Allah….hancur hati emak nya.. Tapi, ibu Nabi Musa pada masa tu sudah terpaksa. Kalau tidak, akan dibunuh. Kalau kita baru lahirkan anak, mahu tinggalkan anak itu dalam bilik lama sikit pun tak mampu, apatah lagi hanyutkan ke sungai. Di sini kita dapat lihat, dia melepaskan anak yang disayangnya sepenuh hati. Bayangkan betapa hebatnya tawakkal dia pada masa itu.. Betapa tingginya dia meletakkan kepercayaan dan pengharapan kepada Allah. Betapa dasyat imannya, kan. Pertama sekali, kerana, dia minta tolong dengan Allah. Bukan dengan apa-apa yang lain, tetapi dengan Allah yang Maha Perkasa.

Kemudian, selepas dia meminta pertolongan dengan Allah, dia yakin pula dengan apa sahaja penyelesaian atau solution yang Allah berikan. Mana mungin tidak. Allah itu kan baik, di masa kita betul-betul berpaut pada Dia takkan mungkin Dia melepaskan tangan kita. Jadi oleh sebab itu lah selepas kita minta Allah tolong, jangan ragu lagi.

Yakinlah dengan apa jua yang Allah ilhamkan. Insya Allah, ia bukan langkah yang salah. Kerana kita bukan membuat keputusan itu sendiri-sendiri, sebaliknya kita buat dengan idea dan petunjuk dari Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan (as-samii’ & al-mujiib) Ok ini sangat senang untuk dicakap tetapi sangat susaaah hendak dibuat. Mengaku. Tetapi, di sinilah Allah menguji sejauh mana kita benar-benar yakin dan berharap pada Dia. Dalam kata lain – bertawakkal kepada Dia. Dan kalau benar-benar asli tawakkal kita itu, confirm Allah tolong…confirm!!
Ingat lagi apa yang terjadi dengan Nabi Musa selepas itu? Dengan kuasa Allah, Nabi Musa hanyut hingga sampai ke istana Firaun and Asiah isteri Firaun mahu memelihara dia. Firaun itu pula, ekele zalim sangat la tapi bila isteri pujuk cair~~ (ps;sebab itu laki-laki kerna berhati-hati dengan pujuk rayu perempuan. Firaun pun kalah.) Dia yang berusaha betul-betul untuk hapuskan semua bayi lelaki, akhirnya di dalam istana dia sendiri juga dia membela sorang bayi lelaki. Dan dengan kehendak Allah, bayi itu lah lelaki yang diramal akan meruntuhkan kerajaannya. Jalan cerita yang menakjubkan. Subhanallah.

Lihatlah kepada ibu Nabi Musa. Kerana tawakkal dan kepercayaannya kepada Allah, Allah selamatkan anaknya dengan cara yang paling tak disangka-sangka. Dia yang hendak selamatkan bayinya dari Firaun – Allah membuatkan anaknya tinggal sebumbung dengan Firaun, di mana, pada pandangan kasarnya nampak sangat mengerikan – tetapi sebenarnya itulah yang terbaik. Nabi Musa hidup aman bahagia di dalam istana Firaun, kerana Allah menjadikan Nabi Musa ni, bila sesiapa memandangnya akan terbit rasa kasih sayang. oh comel! Ha, banyak betul mesej nya di dalam kisah Nabi Musa ini.

Banyak nya hikmah dan keselematan yang Allah berikan kalau kita benar-benar bertawakkal. Tapi, lihatlah tawakkal ibu Nabi Musa itu bagaimana. Bukan macam tawakkal kita yang ‘main tipu’ ni. Tawakkalnya, subhanallah dasyat! Dan tidak habis di situ. Ada lagi Allah beri kejutan.. Di suatu hari, Asiah hendak mencari orang untuk menyusukan nabi Musa. Cuba teka siapa yang dipilih? Tepat sekali. Ibunya tadi. Ibunya yang tadi melepaskan dia pergi diiringi tawakkal kepada Allah Yang Maha Menjaga dan Memelihara, sekarang Allah pulangkan kembali ke pangkuan dia. Mashaallah…begitulah indahnya tawakkal seorang hamba kepada Tuhan nya, kan. Dan dengan sebaik-baik nya pula Tuhannya membalas nilai kebergantungan dia itu.

Dan ya, Nabi Musa membesar dan akhirnya dengan bantuan Allah dia berjaya menumpaskan pemerintahan firaun. Alhamdulillahil’aziz.. Sekarang, tawakkal kita pula bagaimana? ‘main tipu’. Dan kita harapkan pula agar Allah menolong sehabisnya, sedangkan kita tak cukup percaya dan berharap pada kekuasaan Dia. Baiklah, bayangkan kalau ada orang datang dan minta pertolongan dengan kita, tapi dia bukan yakin sangat dengan kita pun. Cis sungguh. Mahu ke kita tolong? “Tengok la, fikir dulu. Kau bukan percaya aku boleh tolong sangat pun en…wek.”

Tapi itulah pointnya. Sejauh mana kita ni benar-benar bergantung dan percaya pada bantuan Allah. Marilah kita bertawakkal dengan tawakkal ibu Musa!! Hm Susah tu… Tapi tak apa, kita cuba sedaya mampu! Dan andai nya kita memang terus kehilangan perkara tersebut, err boleh bersedih. Kita manusia juga, kan. Tapi, jangan bimbang dan ragu kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan buat kita. Allah itu Maha Baik. (ar-raa’uf), tak mungkin Dia akan kecewakan kita andai kita benar-benar dalam kelompok yang taat padaNya.


*****************************


“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” 37
“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:” 38
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.” 39
“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..” 40
Surah Ta Ha: 37-40

**sekadar renungan**

 assalamualaikum...........


 Takdir yang ditetapkan  oleh Allah swt dan macam macam yang datang darinya. Takdir mesti dihadapi dengan redha. Kita mesti redha menghadapinya yang mungkin kadangkala merasa derita. Dengan demikian ada dua sebab kita wajib bersikap demikian.

 


 
Pertama : Agar kita dapat menumpulkan perhatian keseluruhan  terhadap ibadah, kalau tidak redha menanggung derita yang ditakdirkan oleh Allah maka hati kita akan susah dan risau untuk selamanya. Jadi timbul dalam fikiran soalan kenapa terjadi begini dan begitu.

kalau hati tetap risau dalam fikiran seperti itu bagaimana akan dapat  menumpukan perhatian untuk beribadah kepada Allah swt? sebabnya hanya ada satu hati, hati yang satu ini sudah  dipenuhi dngan berbagai macam fikiran dan kesusahan untuk memikirkan apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi dalam urusan dunia, mana lagi ada tempat untuk berzikir kepada Allah, untuk beribadah kepadanya dan untuk memikirkan akhirat?   
                           


Al Imam Syaqiq pernah mengatakan," susah memikirkan perkara yang sudah berlalu dan risau dalam mengatur soal soal yang  akan datang dapat menghilangkan berkat ketaatan pada masa sekarang."

Kedua : Mestilah Redha menghadapi takdir kerana takut dikhuatirkan akan menerima kemurkaan Allah (sekiranya kita tidak rdha keatasnya).
Dalam memberi erti pengertian redha ini, kita haruslah sama sekali tidak ada rungutan dalam hati dan senantiasa berpuas hati terhadap sebarang ketetapan dan keputusan Allah SWT. 

Terhadap takdir yang berbentuk nikmat dan kesenangan,kita redha keatas ketetapan itu, redha terhadap perkara yang ditakdirkan dan juga mesti redha terhadap zat yang mentakdirkan. Mensyukuri nikmat tersebut dan rajin beribadah dan beramal soleh.
Kesukaran dan kesusahan juda sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah swt. oleh yang demikian kita hendaklah redha atas apa yang sudah ditakdirkan, disamping juga redha akan ketetapannya dan apa jua perkarayang ditakdirkan.

Sebagai hamba kita hendaklah menghadapi takdir sebegini dengan sabar, sekiranya kita berjaya menghadapinya dengan sabar nanti akan terasa hikmahnya. sebagai seorang hamba kita sepatutnya insaf atas terhadap kebaikan Allah SWT. sepertimana perpatah " sesungguhnya aku menjadi seorang yang baik, sama sekali bukan kerana Usaha dan ikhtiarku melainkan semata mata kerana kebaikan Allah SWT. Allah berffirman," Apa jua kebaikan (kenikmatan kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad saw) kepada seluruh umat manusia sebagai Rasul (yang membawa Rahmat). Dan cukuplah  Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini

Pengetahuan ini meliputi segala segi dan tidak dapat mengetahui melainkan dengan izin AllahSwt. hanya Allah swt sendiri yang mengetahui segala galanya. oleh yang demikian tidak berhak bagi sesaorang pun memilih dan mengaturnya, pada hakikatnya yang memilih dan mengatur itu hanya Allah swt sendiri, kerana itu Allah berfirman: Surah Al Qasas ayat 68 : " tuhanmu juga yang menciptakan segala sesuatu yang dia kehendaki dan dia juga yang memilih, tidak ada hak mahluk untuk memilih Maha Suci Allah swt dan Maha Agung dari sesuatu yang mereka sekutukan."
Kemudian Allah swt berfirman  lagi "dan Tuhanmu tahu apa yang disembunyikan olih dadamereka dan apa yang dinampakkannya". (Al-Qasas ayat 69)

Allah swt mengetahui segala galanya dari segala seginya secar zahir dan batin, olih yang  demikian sebaik baiknya kita serahkan segala urusan kepada  Allah SWT.



Allah swt mengetahui segala galanya dari segala seginya secar zahir dan batin, oleh yang  demikian sebaik baiknya kita serahkan segala urusan kepada  Allah SWT.


                                    Mis23.jpg

Saturday, 22 December 2012

::InDahNyA kEsAbArAn::

assalamualaikum........






Masalah. Sebenarnya setiap orang tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah selagi hidup di dunia ini. Sehingga wujudnya statement extreme yang menyatakan bahawa;
“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”

Tidak dinafikan, perasaan sebegini akan hadir dalam diri kita yang sudah terlalu penat dan lali berhadapan dengan masalah. Apatah lagi masalah yang dihadapi itu terlalu berat dan sudah tidak tertanggung lagi. Ungkapan sabar dan kata-kata semangat dari orang sekeliling seolah-olah tidak punyai makna lagi. Sehingga kita merasa, tidak ada orang dalam dunia ini yang paling besar masalahnya selain daripada kita. Masalah kitalah yang paling besar dan berat sekali. Tidak akan ada orang yang memahami apa yang kita rasa. Pandangan simpati daripada sahabat handai hanya sekadar pandangan kosong  yang tidak punyai apa-apa makna. Begitulah analogi beratnya perasaan yang dirasa apabila diri ditimpa masalah. Apatah lagi apabila masalah yang datang itu berangkai-rangkai. Belum selesai lagi satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kekadang mengundang sesak di dada dan rasa hidup sudah tidak punya alasan lagi untuk merasa ceria dan gembira. Malah lebih teruk, kita merasakan diri sudah tidak punyai apa-apa lagi, kesabaran menipis, gunung berapi kemarahan mudah meletus dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang sabar sudah mulai goyah.








Maka, di sinilah hati dan fikiran kita punyai peranan yang penting. Andai hati dan fikiran itu terpandu dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi kegawatan perasaan, hati, fikiran malah tenaga yang dimiliki, untunglah. Tapi, seandainya fikiran dan perasaan negatif sentiasa menyucuk minda dan menghasut hati, maka, rasa berputus asa akan mudah untuk menjengah jendela hati yang terbuka. Sehingga pengharapan dan keimanan kepada-Nya semakin menipis. Ditambah pula dengan amalan ibadah harian yang kurang sempurna.
Teman, masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T. untuk kita membuktikan sejauh mana kebenaran dan utuhnya akujanji iman kita kepada-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud;

                “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)
(Al-Baqarah:  Ayat 214)

Dan dalam firman-Nya yang lain;
                “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)


Teman, diuji dengan ujian kepayahan itu sangat sukar untuk dihadapi. Apatah lagi ujian berbentuk masalah itu datang ke kamar diri tanpa mengetuk pintu. Apatah lagi andai kita diuji dengan sesuatu masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. Terasa seolah-olah masalah yang dihadapi tidak sekali-kali dapat diselesaikan dan tiada penghujungnya. Apatah lagi ujian itu bertandang ke dalam diri dalam jangka masa yang lama. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan juga sebulan dua, tetapi bertahun-tahun. Maka, kesabaran pasti akan menipis. Andai kata kita memang dianugerahkan kesabaran yang tinggi; ketabahan yang luar biasa sekalipun, pasti terdetik dalam hati kita untuk mempersoalkan kewajaran ujian yang dihadapi.


Ya.. kita memang manusia yang lemah, manusia yang alpa, manusia yang lalai, malah manusia yang punyai nafsu. Perasaan sebegitu adalah normal teman. Normal kerana manusia memang dilahirkan sebegitu. Pada saat ini, janganlah sekali-kali melayan prasangka-prasangka buruk yang timbul di dalam hati. Didiklah hati, nafsu dan fikiran untuk bersabar. Bagaimana untuk meningkatkan kesabaran? Perkara sabar bukanlah senang untuk dilaksanakan sebagaimana ia senang untuk diperkatakan. Sabar itu sukar. Apatah lagi apabila nafsu sentiasa membelai diri kita yang negatif sehingga kita tegar untuk meremehkan urusan ibadah kepada-Nya. Kesannya, nipislah iman kita yang sedia nipis itu.



Teman, sesungguhnya kita memang sudah sedia maklum. Tiada jalan lain untuk menangani masalah yang dihadapi, tiada cara lain yang ada untuk meningkatkan kesabaran dan memperkukuhkan iman di dalam diri selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah. Tiada jalan lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Pencipta kita yang Maha Agung. Pencipta kita yang Maha Lembut, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sungguh. Tiada cara lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Firman-Nya yang bermaksud;

   “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”
(At-Taghaabun: Ayat 11)




Pada saat kesabaran dan iman makin menipis, maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan segala jenis nafsu. Kerana, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya. Gunalah slogan yang popular itu; “lawan tetap lawan!” dalam bermujahadah. Iman manusia seperti kita memang sentiasa fluctuate. Jangan risau, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha dengan jalan yang sabar.
Firman-Nya yang bermaksud;
            

    “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah: Ayat 153)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(Al-Baqarah: Ayat 45)


Dari itu, jagalah hubungan kita dengan Allah S.W.T maka insya Allah Dia akan menjaga dan  menolong kita. Insya Allah, keyakinan dan keimanan kepada-Nya juga akan dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.

~Dunia ini merupakan neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang yang ingkar.
~Sesungguhnya ujian yang hebat hanya diberikan kepada orang-orang yang hebat. Maka, bertuahlah orang-orang yang menerima ujian yang maha hebat dan dapat menempuhinya dengan sabar dan jayanya kerana ia merupakan satu latihan dan persediaan untuk mereka menjadi orang yang lebih hebat.
~Sentiasalah berfikiran positif dan berada bersama dengan mereka yang berfikiran serta mempunyai sikap yang positif. Ia akan membantu kita untuk menjadi  lebih positif dalam mengharungi ujian kehidupan.
~Perspektif yang positif ini memang ubat yang mujarab dalam menghadapi ujian kehidupan, malah ia akan membantu kita untuk mencerap hikmah yang diperolehi daripada setiap ujian. Anggaplah ujian dan dugaan yang diberikan itu sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita. Insya Allah kita akan lebih redha  dan bersyukur dalam menghadapi ujian kesukaran apatah lagi ujian kesenangan dalam kehidupan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

                “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Al-Fajr: Ayat 27 – 30)


 Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan limpahan rahmat-Nya.. aamiin~




Wednesday, 19 December 2012

~~sentiasa berdoa kepada allah~~

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan mengalami kematian, samaada cepat atau lambat adalah bergantung kepada suratan amal dan masa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya).”
(Surah al-A’raf, ayat 34)



Marilah sama-sama kita mengingati kematiaan kerana dengan mengingati kematian membuatkan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian, agar kematian yang kita ingini insya Allah tercapai, iaitu husnul khatimah (penyudahan yang baik).

Husnul khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Keadaan seseorang saat tutup usia memiliki nilai tersendiri, kerana balasan baik dan buruk yang akan diterimanya bergantung pada keadaan ketika saat tutup usianya.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan selainnya)

Oleh sebab itulah, seorang hamba Allah yang soleh sangat risau akan kesudahan hidupnya. Mereka melakukan amal soleh berterusan, merendahkan diri kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan untuk tetap istiqamah sampai meninggal dunia dunia. Mereka berusaha merealisasikan firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takqa dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan Muslim (berserah diri).”
(Surah ali-‘Imran, ayat 102)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Ash radhiallahu anhu, dia mengatakan, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda: ‘Sesungguhnya kalbu-kalbu keturunan anak Adam berada di antara dua jari dari jari-jari Allah laksana satu hati, Allah membolak-balikkannya sesuai kehendak-Nya,’ kemudian baginda s.a.w. berdoa: ‘Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati-hati kami kepada ketaatan-Mu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Itulah pentingnya keadaan yang menutupi penghujung usia. Sementara itu, keadaan seseorang pada detik-detik terakhir kehidupan ini, tergantung amal perbuatan pada masa lampau. Barangsiapa yang berbuat baik di saat waktu dan usianya memungkinkan, maka insya Allah akhir hidupnya baik. Dan jika sebaliknya, maka sudah tentu keburukan yang akan menimpanya. Allah s.w.t. tidak akan pernah menzaliminya, meskipun sedikit. Mengingat pentingnya masalah ini dan keharusan memperhatikannya, maka dengan memohon kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,
Husnul Khatimah adalah pengakhiran yang baik, iaitu seorang hamba, sebelum meninggal, ia diberi taufik dan hidayah untuk menjauhi semua yang dapat menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t.. Dia bertaubat dari dosa dan maksiat, serta semangat melakukan ketaatan dan perbuatan-perbuatan baik, hingga akhirnya dia meninggal dalam keadaan ini. Ini berdasarkan hadis shahih dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hamba-Nya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya, “bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Allah akan memberikannya taufik untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkan al Hakim dalam Mustadrak)

Husnul khatimah memiliki beberapa tanda, di antaranya ada yang diketahui oleh hamba yang sedang sakaratul maut, dan ada pula yang diketahui orang lain. Tanda husnul khatimah, yang hanya diketahui hamba yang mengalaminya, iaitu diterimanya khabar gembira saat sakaratul maut, berupa redha Allah sebagai anugerah-Nya. Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Rabb kami ialah Allah,’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):’Janganlah kamu merasa takut dan jenganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”
(Surah Fushshilat, ayat 30)

Khabar gembira ini diberikan saat sakaratul maut, dalam kubur dan ketika dibangkitkan dari kubur. Sebagai dalilnya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,“Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah pun suka untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci untuk bertemu dengannya”. Aisyah r.a. bertanya, “Wahai Nabi Allah! Apakah (yang dimaksud) adalah benci kematian? Kita semua benci kematian?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukan seperti itu. Akan tetapi, seorang Mukmin, apabila diberi khabar gembira tentang rahmat dan redha Allah serta Syurga-Nya, maka ia akan suka bertemu Allah. Dan sesungguhnya, orang kafir, apabila diberi khabar tentang azab Allah dan kemurkaan-Nya, maka ia akan benci untuk bertemu Allah dan Allah pun membenci bertemu dengannya.”

Mengenai hadis ini, al Imam al Khatthabi mengatakan, “Maksud dari kecintaan hamba untuk bertemu Allah, iaitu ia lebih mengutamakan akhirat daripada dunia. Kerananya, ia tidak senang tinggal terus menerus di dunia, bahkan bersiap sedia meninggalkannya. Sedangkan makna kebencian adalah sebaliknya.”

Menurut Imam Nawawi pula, “Secara syari’at, kecintaan dan kebencian yang diperhitungkan adalah, saat sakaratul maut, saat taubat tidak diterima lagi. Ketika itu, semuanya diperlihatkan bagi yang sedang nazak (proses pengambilan nyawa), dan akan nampak baginya tempat kembalinya.”

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat tiga faktor terpenting penyebab husnul khatimah :

Pertama, iaitu melakukan ketaatan dan bertakwa kepada Allah. Intinya ialah merealisasikan tauhid, menjauhi hal-hal yang diharamkan, dan segera bertaubat dari perbuatan haram yang dilakukannya. Tindakan yang paling besar adalah syirik, baik syirik besar mahupun syirik kecil. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
 (Surah an-Nisaa’ ayat 48)

Keduanya, hendaknya berdoa kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh agar berakhirnya hayat kita dalam keadaan beriman dan bertakwa. Nabi s.a.w mengatakan do'a dapat mengubah Qadha' dan Qadar maka berdo'alah sesungguhnya Allah tidak akan menolak permintaan daripada hamba-hamba-Nya.

Ketiga, hendaknya mengerahkan segala kemampuan dalam memperbaiki diri, secara lahir dan batinnya, niat dan maksudnya diarahkan untuk memperbaiki diri.  Allah memberikan taufik kepada orang yang mencari kebenaran. Apabila niat kita baik  dan bersangka baik dengan Qadha' dan Qadar Allah maka Allah akan bersangka baik dengan kita.

Sahabat,
Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah s.w.t.. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika di akhir hidupnya.

Akhir hidup yang baik sulit didapat jika kita sehari-harinya tidak taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Oleh kerana itu, supaya akhir hidup kita menjadi baik (husnul khatimah) maka mulai sekarang kita harus menjadi orang yang taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan selalu beramal soleh. Orang yang do'anya akan dimakbul oleh Allah adalah mereka yang beriman, taat, mengamalkan sunnah Rasul, banyak beramal saleh, banyak berjasa kepada orang lain dan menjauhi dosa dan maksiat kepada Allah. Mintalah kepada Allah untuk akhir hidup kita yang baik dengan do'a-do'a di bawah ini.

Di antara doa-doa yang perlu diamalkan adalah :

هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin

Maksudnya, “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh.
(Surah asy-Sy’araa, ayat 83)

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).”
(Hadis riwayat Ibnus Sunny)

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Maksudnya, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”

Adab supaya dikurniakan Husnul Khatimah :

Sebaik-baik umur adalah umur yang panjang dan penuh dengan amal soleh. Dan seburuk-buruk umur menurut Allah adalah yang panjang umurnya tetapi diisi dengan dosa dan maksiat kepada Allah.

  1. Keadaan di akhir hayat seseorang bergantung kepada amalan sehari-hari. Oleh kerana itu, isilah hari-hari kita dengan selalu meningkatkan iman dan amal soleh.
  2. Selain berusaha untuk selalu meningkatkan ibadah fardhu dan sunat, maka perlu memperbanyak amalan ihsan, iaitu amalan yang memberi kebaikan kepada orang banyak, baik berupa ajakan untuk kembali kepada Allah (dakwah ilallaah), menyebarkan ilmu, menyebarkan kasih sayang, menyebarkan amal saleh, dan selalu tawa shaubil wa tawaa shaubish-shabr.
  3. Tidak meminta mati kecuali kerana telah terjadi fitnah yang mengancam keselamatan diri dan agamanya.
  4. Jangan sekali-kali berfikir untuk mengakhiri hidup dengan jalan pintas kerana adanya tekanan hidup yang berat. Orang yang mengakhiri hidupnya dengan jalan pintas (bunuh diri) tidak akan diterima amalnya dan dipastikan dia akan masuk Neraka.
  5. Ajal adalah sebuah misteri, merupakan rahsia Allah. Ia datang secepat kilat, tetapi tidak datang-datang walaupun telah dinanti-nantikan setiap saat. Namun jika ajal telah datang, tidak boleh ditunda atau dimajukan walaupun sedetik.
  6. Mengamalkan do'a untuk dijadikan orang yang husnul-khatimah pada setiap akhir solat fardhu.
  7. Selalu menumbuhkan perasaan khauf dan rajaa (takut dan harap), iaitu takut akan tidak diampuninya dosa-dosanya dan berharap bahawa Allah itu Maha Rahman dan Rahim yang akan selalu memberikan rahmat kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
  8. Ketika sudah ada tanda-tanda akan dipanggil oleh Allah, perbanyaklah membaca kalimat thayyibah, Nabi s.a.w. ada menyatakan siapa yang ucapan terakhirnya adalah Laa Ilaaha illallah orang itu dijamin masuk Syurga.
Tanda-tanda kematian dalam husnul khatimah :

1. Meninggal dengan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah menjelang kematiannya. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang akhir ucapannya Laa Ilaaha illallaah, maka ia masuk Syurga.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Meninggal dalam keadaan berkeringat (berpeluh) di dahi (keningnya). Sabda Rasulullah s.a.w., “Bahawa matinya seseorang Mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.”
(Hadis riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi, dari Buraidah bin al Hashib r.a.)

3. Meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Sabda Rasulullah s.a.w.,“Tidak seorang Muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (seksa) kubur.”
(Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

4. Mati syahid di medan jihad (perang) kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
  • Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di Syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
  • Diselamatkan dari seksa kubur.
  • Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
  • Diperhiasi dengan iman.
  • Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
  • Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah.
5. Meninggal sebagai tentera di jalan Allah.

6. Meninggal kerana melahirkan anak. (Sahih Muslim)

7. Meninggal semasa hamil atau di dalam masa nifasnya (wanita) iaitu meninggal kerana melahirkan anaknya. Diriwayatkan Imam Ahmad dan selainnya, dengan sanad yang shahih dari ‘Ubadah bin ash Shamit r.a., sabda Rasulullah s.a.w., “Dan wanita yang dibunuh anaknya (kerana melahirkan) masuk golongan syahid, dan anak itu akan menariknya dengan tali pusarnya ke Syurga.”
(Riwayat Imam Ahmad dan At-Tabrani)

8. Meninggal kerana penyakit taun. Sabda Rasulullah s.a.w., “Taun itu satu kematian syahid bagi setiap Mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).”
(Hadis riwayat oleh Muslim).

9. Meninggal akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah s.a.w., “Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.”
(Hadis riwayat oleh Muslim)

10. Mati tenggelam (lemas) dan tertimbus oleh bangunan. (Sahih Muslim)

11. Meninggal dengan sebab terbakar. (Riwayat At-Tabrani)

12. Meninggal dengan sebab sakit dzatul jambi (radang selaput dada). Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkan macam-macam orang yang mati syahid, termasuk orang yang mati terbakar. Demikian pula orang yang meninggal lantaran menderita radang selaput dada, iaitu bengkak yang meradang, nampak pada selaput yang ada di bahagian dalam tulang-tulang rusuk. (Hadis diriwayatkan Abu Daud dalam Sunannya)

13. Meninggal kerana sakit TB. Sabda Rasullullah s.a.w., “Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.” (Hadis riwayat Tabrani)

14. Meninggal akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya, “Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk Syurga.”
(Hadis riwayat Daud)

15. Meninggal dalam mempertahankan harta yang akan dirampas. (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan an Nasai)

16. Meninggal kerana mempertahankan diri, jiwa, keluarga dan agamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, “Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Dan barangsiapa yang terbunuh kerana membela darahnya, maka ia syahid.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan an Nasai)

17. Meninggal dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.

18. Meninggal sebagai murabith (pasukan yang berjaga di daerah/wilayah perbatasan) di dalam perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w., “Berjaga-jaga sehari-semalam (di daerah perbatasan) lebih baik daripada puasa berserta solat malamnya selama satu bulan. Seandainya ia meninggal, maka pahala amalnya yang telah ia perbuat akan terus mengalir, dan akan diberikan rezeki baginya, dan ia terjaga dari fitnah.”

19. Meninggal ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah. Sabda Rasulullah s.a.w., “Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha illallah karena mencari wajah (pahala) Allah kemudian amalnya ditutup dengannya, maka ia masuk Syurga. Barangsiapa berpuasa kerana mencari wajah Allah kemudian amalnya diakhiri denganya, maka ia masuk Syurga. Barangsiapa bersedekah kemudian itu menjadi amalan terakhirnya, maka ia masuk Syurga.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan selainnya)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang laki-laki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri ditengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur kepada Allah Ta'ala. Allah mengampuni dosanya kerana perbuatannya itu.” Baginda bersabda pula, “Para syuhada (orang-orang yang mati syahid) lima macam:
(1) Al Math'un orang-orang yang tewas kerana penyakit kolera (penyakit menular atau wabak)
(2) Al Mabthun - orang-orang yang ditewas kerana sakit perut atau melahirkan
(3) orang yang tewas kerana tenggelam
(4) Orang yang tewas kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan sebagainya
(5) Orang yang tewas dalam perang Fi Sabilillah.”
(Hadis Sahih Muslim)

Akhirkata, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dimana kesalahan dan dosa yang sering kita lakukan kepada Allah s.w.t. Sentiaslah beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. di atas dosa-dosa kita supaya di penyudahan kehidupan kita dikurniakan Allah husnul khatimah. Tidak ada  kebaikan yang lebih besar yang kita miliki melainkan mendapat husnul khatimah dan di masukkan ke dalam Syurga di hari akhirat nanti.




sentiasalah bersujud kepada allah






indahnya islam....

result pmr!

19.12.2012






hai!..result pmr??wacha!aku da nak masuk 21 laa...sebenarnya result adik aku efa..hehehehe..haila!adik aku sorang ni xde la pandai sangat tapi malasnya masya allah..time exam baca buku jap jer,kononnya teror..puuii!!ley jalan la..da bebuih mulut aku ni bebel tapi bagai mencurah air di daun keladi jer..





ni la budak pmr 2012 yang senget





tiba je ari result mula la nk gelabah biawak,time exam ilex je..aku jugak yg jadi mangsa kena anta p sekolah,awal pagi bangun ngan cuaca hujan,aku gagahkan diri bersiap nak anta adik aku yang senget tu..kol 11pg,kami sampai di sekolah SMK KOTA...waaaa rindu nk masuk sekolah..rindu suasana sekolah,rindu time ambik result...sob3!!





smk kota sentiasa cemerlang









masih ley senyum :D



tu dia ini budaq,ley ag senyum sakan..sampai sekolah ketaq lutut..hahhahaa..aku pun time ambil result pmr dulu,ada gak rasa bedebar..hihihihi..tapi result pmr aku ckup2 makan jela..hihihi..ini budaq dapat result pon ok lah...xde la gempak sangat..hahaha..maklum sajalah time belajar malas nk buka buku,time exam pun tidoq awal..ape punyer budaq la..



hola!!bila adik aku ni balik rumah,berbaju kurung sakan,jalan ala2 mak cik balik kenduri gitu bersama resultnya di tangan..hahaha..papa aku balik,siap ambil spek ag nk tengok result dak ni..hahahha...bila cek semua,yang kua dari mulut dia "boley laa"




tepat jam 5.45 petang madam balik..bingo!!!sekali kena potpet2 kat mama..wacha!!tabik spring wow!!hahhaha!!tapi mama aku potpet2 tuk kebaikan anak2nya jua..ibu mana yang xsayang anak kan..hehehe...aku dulu pun kena gak,ngan bebelannya,tapi buat derk je..lagi sorang adik bongsu aku yang akan jadi bebelan mamaku pada taun depan..yang sorang ni lagi la teruk,umur 14 da pandai cintan cintun..ape daaa..pape pun aku doakan yang terbaik untuk adik2 & familyku...
.......................
bagi aku,gagal sekali xbermakna selama2nya gagal..kita perlu terima takdir,siapa kita tuk lawan qada&qada ALLAH..jangan kita patah semangat pabila di caci & di hina...pape pun kita da buat yang terbaik,gagal dalam pmr,kita masih di beri peluang dalam spm,kegagalan bukan bermakna kita gagal selamanya..gunalah peluang yang ada ngan sebaik mungkin..usah peduli kata orang,jadilah diri kita sebenar..jika kita tiada teman,bersujudlah kepada ALLAH,berdoalah kepada ALLAH..walau ape pun yang terjadi,sentiasa ingat ALLAH,janganlah kita tinggal ALLAH kerana ALLAH tidak penah sekali meninggalkan kita..







sentiasalah berdoa kepada allah










ALLAHUAKHBAR....








Tuesday, 18 December 2012

so bored!!

Assalamualaikum...

selamat tengah hari...orang sibuk makan tengah hari,aku sibuk update blog..biasalah budak baru maju..hehehehe..lau ley ari2 nk update blog ni..pabila kebosanan lapy ak la yang jadi mangsa..
kawan2 aku sibuk ngan pelajaran,aku lak??hmmm.. hanya ALLAH saja yang tau masa depan aku..
aku sentiasa berdoa agar ALLAH buka pintu rezeki aku seluas2nya..aku nak sangat masuk U,tapi kali ni bukan rezeki aku,susah tuk aku terima semua nie..aaarghhh!!!tension siot!!tapi aku xkan berputus asa,andai di takdirkan aku xdapat sambung belajar,aku akan apply kije,buat masa sekarang ni aku hanya mampu berdoa kepada yang maha kuasa..taun 2012 taun yang paling sedih bagi aku,lau ley aku nk lupakan segalanya..tapi apakan daya aku hanya insan yang lemah...
 
 
........................................................................
 
 
 
bosan yang amat duk kat rumah,main ngan lapy,buka file situ sini jumpa gambar raya taun nie..
sambil layan music river flows in you tersenyum sorang diri dengan telatah kami satu keluarga dan sedaraku..mereka semua kelakar dan 1 kepala ngan aku xkira muda tua..hehehe..
nak kenal ngan mereka?? waaiit naaaa :)







........................





















??????



















































































:)






































sebahagian daripada sedaraku :)



sebenarnya ramai lagi,maklum la bila da berumah tangga susah tuk kumpul di pagi raya.. bagi aku ni pun da cukup meriah..hehehehe....









bergaya la sangat!   




wacha!!!time ni kite orang jalan keliling kampung like budak2 yang nak mntak duit raya..hahaha
xsedar diri perasaan muda..da lama kami xbuat kije gile jalan 1 kampung beramai2 sambil gelak tawa,sekali kua ayam dari celah pokok inai mau terlondeh kain aku,terkezut!!!perh!!aku la orang 1st yang kononnya nk selamatkan diri..hahhahha..malu sihhh...punyer la pecut,tup2 tali sandle aku putus..waaaa maluuuuuuuu.... :(...hayaaaa...habis2san aku kena gelak,nk cover malu,aku buat muka derk je..hihihihi...beratus gak kami dapat duit raya taun ni,walaupun umur da agak matang,tapi kami still dapat duit raya,awek muda la katakan..hahhaha..choii!perasaan an...huhuhu...